BERITA UTAMA
Wacana Sejarah Hulu Langat 2024

Wacana sejarah Hulu Langat

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) akan menganjurkan wacana Sejarah Hulu Langat 2024 pada 24 Februari ini.

Program diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Wacana siri satu bertajuk, Srivijaya dan Tanah Melayu ini dibentangkan oleh Che Mohammad Dollah yang lebih dikenali dengan panggilan Che Mad.

Wacana ini juga akan bersiaran di FB Live_@selangorlibrary / @ppfpm_

Maklumat lanjut dan pendaftaran percuma kini dibuka di bit.ly/WS-HL-2024. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *