BERITA UTAMA

Polis selesai rakam percakapan Tony Pua, kertas siasatan siap dalam tempoh terdekat – KPN

PETALING JAYA – Polis sidah selesai merakamkan percakapan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Kata beliau, pihaknya telah membuka kertas berhubung kenyataan pemimpin DAP itu yang didakwa menghina Institusi Diraja berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Jelasnya, kertas siasatan itu dijangka siap dalam tempoh terdekat dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Kita sudah rakam percakapan Tony Pua Isnin lalu, kes masih dalam siasatan. Kita akan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh tujuh hari.

“Kemudian kita rujuk kepada AGC selepas siasatan kita selesai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Op Selamat 21 dan perasmian VSP 2.0 di Persada Plus, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Tony Pua bersama peguamnya Haijan Omar dan ditemani Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam12.48 tengah hari, sebelum dilihat keluar pada 2.30 petang.

Siasatan ke atasnya dibuat susulan laporan polis Pemuda UMNO selepas mendapati Tony Pua mengeluarkan kenyataan biadab menyindir keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengurangan hukuman Najib. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *