BERITA UTAMA

Kelantan dapat peruntukan pembangunan RM2.81 bilion dari pusat

KUALA LUMPUR – Kerajaan pusat meluluskan kira-kira RM3 bilion peruntukan pembangunan untuk Kelantan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Jumlah itu meliputi pelaksanaan 92 projek baharu yang diluluskan tahun ini.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, ada peningkatan RM0.24 bilion berbanding peruntukan asal yang diluluskan tahun lepas.

 “Pada tahun 2023, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.57 bilion untuk pelaksanaan 454 projek bawah peruntukan pembangunan RP3 bagi Kelantan.

“Tahun ini, peningkatan peruntukan sebanyak RM0.24 bilion dengan jumlah keseluruhan sebanyak 425 projek dilaksanakan di negeri ini,” lapor Sinar Harian.

Menurut Nazmi, Kementerian Kerja Raya turut mencatat jumlah peruntukan pembangunan terbesar tahun ini iaitu RM0.8 bilion
melibatkan 32 projek.

Jumlah keseluruhan kos pembinaan tersebut adalah RM4.79 bilion.

“Projek-projek utama di bawah KKR termasuk enam pakej pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai (KBKK) dan sembilan pakej Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kuala Krai ke Gua Musang.

“Semua 14 daripada 15 pakej tersebut kini dalam pelaksanaan, manakala satu pakej masih di peringkat perolehan,” kata beliau.

Pada masa sama, katanya, kerajaan turut meluluskan fasa baharu Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) membabitkan kos RM1.06 bilion bagi Fasa 2 Sungai Kelantan dan RM0.5 bilion bagi Fasa 3 Sungai Golok.

“Secara terkumpul sebanyak 13 projek berkaitan banjir diluluskan di Kelantan dengan kos keseluruhan RM3.83 bilion pada pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Saya harap semua pihak khususnya agensi pelaksana dapat memastikan projek-projek berjalan lancar dan mengelak sebarang masalah yang boleh menyebabkan kelewatan.

“Saya sendiri akan memastikan keseluruhan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan seperti dirancang,” katanya. NasionalDaily

One thought on “Kelantan dapat peruntukan pembangunan RM2.81 bilion dari pusat

  1. Hi Makerters,
    Let’s Discuss Your 2024 Advertising Plan How To Reach Your Ideal Customers & Grow Your 2024 Sales Revenue.

    Struggling to stand out in today’s digital overload? Lamp-post Bunting offers a tangible solution:
    – Targeted Reach
    – Affordability
    – Unique Brand Touchpoint

    #We have been established since 2003 in Malaysia & specialize in Lamp-post Bunting strategies that get results#

    Creative Design + Factory price printing + Apply licenses + Installation

    Call/ Whatsapp Vivian K: 016-229 5128
    Email: lamppostbunting@gmail.com

    —————————————–

    Hai Pemasar, Mari Kita Bincangkan Pelan Pengiklanan Anda 2024 Bagaimana Untuk Menjangkau Pelanggan Ideal Anda & Meningkatkan Pendapatan Jualan 2024 Anda.

    Sukar untuk menonjol dalam kebanjiran digital hari ini? Lamp-post Bunting menawarkan penyelesaian yang nyata:

    Jangkauan Sasaran
    Mampu Milik
    Sentuhan Jenama Unik
    #Kami telah ditubuhkan sejak tahun 2003 di Malaysia & pakar dalam strategi Lamp-post Bunting yang memberikan hasil#

    Reka Bentuk Kreatif + Percetakan harga kilang + Memohon lesen + Pemasangan

    Telefon/ Whatsapp Vivian K: 016-229 5128
    Emel: lamppostbunting@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *