BERITA UTAMA

Tiada pendakwaan ke atas Tun Taib Mahmud – Azam

KUCHING – Tiada pendakwaan kes rasuah akan diambil ke atas bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Awani melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sebelum ini pernah melakukan siasatan terhadap Abdul Taib, tetapi tidak sampai kepada proses pendakwaan.

“Dalam setiap kes kami, saya jamin kita akan siasat semua kes dan jika ia berkait dengan individu berprofil tinggi di Sarawak, di negeri ini, kes itu sebenarnya telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan tiada tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada sesi Forum Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sarawak di sini hari ini.

Enam tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengakui terdapat 15 kertas siasatan pernah dibuka bagi menyiasat Abdul Taib, namun tiada tindakan diambil. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *