BERITA UTAMA

KPM siasat dakwaan kertas soalan Sejarah SPM bocor – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius dakwaan berlaku kebocoran soalan kertas Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya telah mengarahkan agar siasatan dilakukan bagi kesahihan dakwaan itu.

Menurut beliau, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar.

“Namun, KPM mempunyai integriti cukup tinggi dalam mengawal ketat peperiksaan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” lapor Harian Metro hari ini.

Fadhlina bagaimanapun berharap pelajar yang sedang menduduki peperiksaan penting itu tidak akan terganggu dengan dakwaan tersebut, sebaliknya terus memberikan fokus pada kertas peperiksaan yang lain.

Jelasnya, SOP yang diguna pakai ketika ini sudah memadai bagi mengelak berlakunya kebocoran kertas peperiksaan.

“Apa sahaja dakwaan, KPM akan siasat dan pada masa sama saya minta anak-anak tidak diganggu dengan berita ini. Bagi mereka ruang fokus dengan kertas peperiksaan yang sedang mereka hadapi.

“Kami akan siasat secara terperinci dan mengambil penuh tanggungjawab ini,” katanya. – Harian Metro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *