BERITA UTAMA

Kos sara hidup, Zahid mahu tindakan disegerakan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi mahu setiap tindakan dan pelaksanaan berkaitan menangani kos sara hidup rakyat disegerakan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan beliau pagi ini.

Katanya, banyak banyak tindakan telah dilakukan dan Kerajaan Madani sentiasa berusaha sebaiknya untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Pelbagai isu semasa dan permasalahan mengikut kluster dibincangkan dalam mesyuarat itu.

“Kita juga meneliti pelbagai isu semasa dan permasalahan melalui kluster perumahan, pendidikan, pengangkutan, makanan, kesihatan, utiliti dan sosial yang merangkumi pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“Saya mahu segala tindakan disegerakan, dimurnikan untuk pelaksanaan. Insya-Allah penyelarasan yang dilakukan hari ini dapat membantu pengurusan kos sara hidup di pelbagai peringkat menjadi bertambah baik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *