BERITA UTAMA

Jangan jadi lembu kena cucuk hidung – amaran Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Dr. Akmal Saleh menempelak Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar yang mengeluarkan kenyataan kepadanya supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO itu dengan tegas nenyatakan, setiap perkara yang salah perlu diperbetulkan.

“Jangan jadi seperti lembu kena cucuk hidung, ikut sahaja walaupun tahu perkara itu salah.

“Kalau perkara itu betul, kita wajib kata betul, kalau salah kita kena perbetulkan. Siapa makan cili, dia rasa pedas,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Beliau menbidas kenyataan Haziq pada Ahad lalu yang berpendapat kenyataan Dr. Akmal itu boleh mengeruhkan hubungan dengan rakan komponen Kerajaan Perpaduan.

Haziq turut mencadangkan supaya Dr. Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu terus fokus kepada usaha memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tindakan sedemikian akan menjadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebagai pemain pasukan yang baik dan mengendurkan persengketaan antara satu sama lain. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *