BERITA UTAMA

Kamarul Zaman tarik balik saman fitnah terhadap Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff telah menarik balik saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Segambut itu mengesahkan bahawa Kamarul Zaman telah memfailkan notis penamatan di mahkamah pada 30 Jan lepas dengan kos RM5,000 dibayar kepada beliau tanpa kebebasan memfailkan saman baharu.

“Pada 2020, Kamarul Zaman telah mengeluarkan kenyataan berbunyi – Using religion to win the state election? pada sepanduk memaparkan gambar saya yang menyindir bahawa saya telah menggunakan taktik keagamaan ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sabah.

“Langkah beliau menarik balik saman fitnah ini bukan hanya tepat pada masanya tetapi juga mengesahkan pendirian tegas saya bahawa saya tidak pernah menggunakan bangsa dan agama dalam kempen saya sekali gus menjadikan tohmahannya terhadap saya adalah tidak berasas serta tidak disokong dengan apa-apa fakta,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik keputusan Kamarul Zaman untuk menarik balik saman fitnah itu.

Pada 2020, Kamarul Zaman telah menyaman Hannah berhubung hantaran di laman Facebook semasa pilihan raya negeri Sabah.

Kamarul Zaman telah memuat naik sepanduk memaparkan gambar Hannah bersama ungkapan ‘Peranan Umat Kristian Dalam Pembangunan Negara.’ – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *