BERITA UTAMA

APM Selangor nafi tawar kontrak kerja, pembekalan

PETALING JAYA – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor hari ini menafikan agensi itu terlibat dalam sebarang penawaran kontrak kerja, kontrak pembekalan atau apa-apa yang berkaitan dengan kaedah tidak betul.

APM Selangor dalam kenyataannya kepada media menyatakan, ia susulan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab membuat pemalsuan dokumen atas nama APM Kuala Selangor dan Pengarah APM Selangor berhubung kontrak pembekalan dan kerja kepada APM Kuala Selangor.

“APM Selangor menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai wakil jabatan bagi menguruskan sebarang kerja.

“Sekiranya terdapat sebarang dokumen yang mencurigakan atau mengelirukan berkaitan APM Selangor atau mana-mana Pejabat Daerah APM di Selangor hendaklah segera melaporkan di talian 03-33410506 atau boleh terus berhubung dengan pegawai Kapten (PA) Mohamad Saufee Akmal di talian 013-2915749,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, APM Selangor menasihatkan agar masyarakat sentiasa peka dan berhati-hati dengan sebarang penipuan yang kian berleluasa. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *