BERITA UTAMA

4,895 pelajar Palestin terbunuh akibat kekejaman berterusan Israel

RAMALLAH – Kementerian Pendidikan Palestin berkata, 4,895 pelajar terbunuh manakala 8,514 yang lain cedera sejak Israel menceroboh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Oktober lepas.

Daripada jumlah itu, seramai 4,851 pelajar terkorban dan 8,227 yang lain cedera di Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat, sebanyak 44 pelajar terbunuh, 283 cedera manakala 89 lagi ditahan, lapor Agensi Berita WAFA memetik kenyataan kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, 239 guru dan pentadbir turut terbunuh di Semenanjung Gaza manakala 836 cedera dan lebih 71 lagi ditahan di Tebing Barat. – ND

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *