BERITA UTAMA

Tiga cedera serangan di stesen kereta api Gare de Lyon

PARIS – Serangan menggunakan senjata pisau dilaporkan berlaku di stesen kereta api Gare de Lyon, Paris, semalam menyebabkan tiga cedera, kata polis.

Polis dilaporkan sudah menahan penyerang yang disyaki.
Kata polis lagi, dua daripada mangsa mengalami luka ringan, manakala mangsa ketiga pula mengalami kecederaan lebih parah, tetapi tidak mengancam nyawa.
Setakat ini, motif penyerang yang disyaki belum jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *