BERITA UTAMA

Nahas di Jambatan Pulau Pinang, tiga parah

PULAU PINANG – Tiga parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jambatan Kedua Pulau Pinang, hari ini.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Tahar, Jabatan Bomba dan Penyelatan Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.08 tengah hari berhubung insiden itu.

Katanya, bertindak atas maklumat, pasukan Bomba dari Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Bayan Baru, George Town, Pulau Pinang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera penyelamat.

“Seramai 15 anggota bomba telah ditugaskan dalam operasi tersebut yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Mazda CX3 dinaiki tiga individu dengan seorang pemandu SUV jenis Mazda CX5.

“Dalam kejadian itu, Mazda CX5 telah terbakar dianggarkan lebih 80 peratus selepas tercampak sejauh 300 meter.

“Dua mangsa yang menaiki Mazda CX3 mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB), Pulau Pinang manakala seorang wanita berusia 38 tahun dilaporkan terselamat,” katanya menerusi hantaran Facebook JBPM hari ini.

Jelas Azmi, seorang lagi mangsa yang menaiki Mazda CX5 turut mengalami kecederaan, namun telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

Kata beliau, pasukan Bomba yang tiba di lokasi telah bertindak memadamkan kebakaran kenderaan itu sehingga selesai dan menyerahkan kes kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *